DEMI AZMIN MEREKA SANGGUP GANGGU AGENDA DAN KONSESUS PH


Oleh   MSO
Mereka yang mahu Azmin Ali dicalonkan sebagai perdana menteri dalam masa sama adalah mereka yang mahu menganggu agenda dan konsensus Pakatan Harapan.
Saya tidak mahu menuduh mereka adalah perkakas kepada Umno untuk melihat kesatuan dalam PH terburai, tetapi jika ditilik dan diperhati itulah jawabannya.
Tiba-tiba sahaja nama Azmin dijulang tinggi, pencapaian di Selangor dinilai dan diletakkan sebagai layak untuk menjadi PM. Sebuah institui intelek juga tidak ketinggalan turut sama “mendolor” Azmin.
Malahan pemimpin Umno juga melihat kelayakan yang ada kepada Azmin.
Sebenarnya secara ikhlas saya sendiri melihat Azmin ada “talent” untuk menjadi perdana menteri.
Dalam buku saya; Siapa PM Selepas Najib, nama Azmin disenaraikan sebagai salah seorang calonnya. Gambarnya juga diterakan di kulit buku.
Tetapi pemilihan beliau itu bersyarat sekiranya beliau boleh membaiki keperibadian dan serta pembawaan dirinya. Sayang, beliau gagal memperbaiki diri dan pembawaanya.
Saya rasa saya lebih ikhlas sewaktu menamakannya bersama nama lain. Adapun mereka yang tiba-tiba menjuang Azmin sebagai layak menjadi PM, ada agenda dan motif tersendiri.
Dan jelasnya mereka mahu melaga-lagakan kepimpinan dalam PH.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :