Oleh Peguam PAS - Dulu
Kepimpinan itu milik Allah, Dia (Allah) yang akan
mendatangkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.
1. M'kini lapor pemimpin suci tak mahu namakan calon PM sebab kononnya bersandar pada hadith yg antara lain bermaksud "Kepimpinan itu milik Allah, Dia akan datangkan sesiapa yang dikehendakiNya."
2. Dan dia juga kata yg pasti , bagi parti suci , pilihan calon PM bukan Tun M atau MO1.
3. Kesian. Agaknyalah, katakan kita namakan calon PM tu drp parti suci , mungkinkah masa tu dah tak guna pula hadith tu lagi? Dulu dalam Muktamar, saya masih ingat , Ketua Dewan Ulama parti suci yang skrg ini, dalam muktamar tersebut, minta semua perwakilan dan pemimpin di atas pentas Mktmr bangun sokong cadangan beliau agar Yb Marang jadi calon PM. X dengar pulak hadith tu. Meskipun saya masa tu agak keberatan nak bangun, tapi bangun juga lah bagi nak jaga hati.
4. Satu lagi awat yang Yb hadkan defnisi pemimpin tu kpd PM je. Calon MB atau yang lain tak masuk dlm kategori pemimpin ke Yb? Bukan apa Yb , Yb dah lupa ke masa isu MB Selangor dulu ? Bukankah , ada satu ketika ,parti suci beri nama semua calon bakal MB Sgor kpd istana drp parti suci walaupun seat MB tu telah dipersetujui direzab kpd PKR. Begitu juga isu calon Dun Kota Damansara sehingga sanggup seludup baiah dan sebabkan calon BN yg menang.
5. Tak sokong Tun M calon PM saya rasa ok dan munasabah lah. Tapi bila kata tak sokong MO1, mcm temberang je Yb? Bukankah skrg ni , Allah dan tentukan MO1 sbg PM dan byk kali parti suci bagi "nyawa" kepada pemimpin parti sarkas tu. Takkan lepas ni dah x mahu sokong lagi MO1. Tak kesian ke kat dia atas penat bagi laluan kpd parti suci bentang RUU 355 yg x bahas dan puji Yb Marang dalam perutusan tahun baru?Takkan tak nak kenang jasa dia YB? Tak baik tau.