Laut bergelora hingga Ahad

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejak (kmsj) dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku sehingga Ahad ini.
 
Kawasan yang terbabit ialah perairan tenggara Samui, Tioman, barat laut Bunguran, Condore dan barat laut Reef North.
 
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
 
Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter juga dijangka berlaku di perairan tengah Samui, utara Tioman, tenggara Bunguran, tengah Reef North, Layang-layang, barat laut Reef South dan barat laut Palawan.
 
Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
 
Jabatan Meteorologi dalam laman webnya turut memberi amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Terengganu, Pahang dan timur Johor.
 
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
 
Pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor pula dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, bermula hari ini.
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :