Bernama

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap seorang pengarah eksekutif kanan syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd bergelar Datuk bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berumur 59 tahun itu bermula hari ini sehingga 15 Jan.
Terdahulu, lelaki itu tiba di mahkamah pada kira-kira 9.50 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut sumber SPRM, lelaki itu ditahan pada kira-kira 8.45 malam semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu.
Penahanan lelaki itu adalah susulan serbuan SPRM semalam di beberapa pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang dan beberapa syarikat berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut tersebut.- BERNAMA
Related Posts :
Fitnah 1MDB PH Terhadap DS Najib Di Jawab Sendiri Oleh DOJ Amerika Syarikat
Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, baharu Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat pulangkan duit USD300 juta.
Kenapa?
Keran… Read More...
Dr. Dzulkefly Bersilat Lagi, Seeloknya Kalau Tak Membantu, Jangan Ganggu
Mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly bersilat lagi.
Kali ini beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu, Perdana Menteri, TS Muhyi… Read More...
Lim Guan Eng/Pakatan Harapan Lesapkan Duit Kutipan GST RM8 Bilion?
Tentu ramai masih ingat bagaimana bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng, di dalam Parlimen dengan angkuh menuduh kerajaan Barisan Nasio… Read More...
Anwar Dan PKR Akan Tinggalkan PH Untuk Ke Putrajaya?, Dr. Mahathir Sudah Atur Langkah!!!
Portal ini pernah menulis mengenai pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI).
Dalam tu… Read More...
Keghairahan Dan Kegelojohan Anwar Untuk Jadi PM Tidak Pernah Berubah
Keghairahan dan kegelojohan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan terpadam selagi dia masih bernyawa.
Berkali-kali rakyat suara… Read More...