Orang Ampang mudah kena tipu. Orang Ampang mudah untuk diperbodohkan. Walaupun Si Mak Lampir tu sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelbagai skandal penyelewengan kuasa.
Malah Si Mak Lampir tu mendakwa orang di Ampang mengenali dirinya. Maka sebab itu dia cukup yakin bahawa penduduk didalam kawasan Parlimen itu boleh melupakan apa yang telah berlaku.
Selain itu, Si Mak Lampir tu juga cukup yakin bahawa sekiranya dia bertanding di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, rakyat dikawasan itu akan memilih dirinya.
Bahkan keyakinan tinggi yang dizahirkan oleh Si Mak Lampir tu sehingga tahap sanggup menidakkan peranan PAS yang selama ini banyak membantu dia untuk menang dalam Pilihan Raya.
“Kali ini, ia benar-benar penting untuk kami mempertahankan Ampang bersama kami kerana kami berikrar mahu menawan Putrajaya. Kami perlu mengekalkan apa yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu dan berjuang untuk merampas kerusi lain.
“Kami perlu mengekalkan kerusi Bukit Antarabangsa dan cuba mendapatkan Lembah Jaya, yang kini dipegang wakil PAS. Kami akan menjalankan kajian prestasi dan pilih calon sesuai untuk bertanding di kerusi PAS di Selangor,” katanya.
Sebagai rekod, reputasi Si Mak Lampir itu dikalangan penduduk di Ampang jatuh merundum ekoran skandal penyelewengan serta salah guna kuasa yang turut melibatkan dirinya.
Atas dasar itu, sumber dalaman PKR memaklumkan bahawa Ketua Wanita parti itu akan dipindahkan ke kawasan Parlimen lain sebelum tibanya Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Sebelum ini, Si Mak Lampir itu pernah dikaitkan dengan skandal kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh pegawai khas merangkap Ketua AMK Ampang hasil penyelewengan yang berlaku.
Malah Si Mak Lampir itu juga pernah didakwa terlibat dengan kartel Azmin Ali yang dikatakan turut menguasai semua projek dibawah Rejim Pakatan Selangor demi menjaga kepentingan Politik Peribadi Timbalan Presiden PKR itu secara tersembunyi!!!