Di era kepimpinan Pas Hj Hadi, telah begitu berleluasa mereka menghukum sesama rakan yang keluar Pas sebagai pengkhianat dan telah menolak Islam.
Hj Hadi sendiri pernah berkata, " Orang yang khianat dalam perjuangan tidak ada pilihan, sama ada dia balik (bertaubat) atau dihapuskan!". Lihat vdo di sini
Adakah mereka yang meninggalkan Pas itu bermakna telah meninggalkan perjuangan Islam?
Apakah Islam hanya boleh diperjuangkan melalui wadah parti Pas sahaja?
Maka bagaimana pula dengan mereka yang awal-awal lagi tidak pernah menyokong perjuangan Pas atau yang telah keluar Pas sebelum era Hj Hadi ini?
Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed, menjawab persoalan-persoalan tersebut melalui status dilaman fesbuknya sebagai berikut:
Meninggalkan Pas bukan bermakna meninggalkan perjuangan Islam kerana Islam boleh ditegakkan melalui berbagai wadah dan uslub.
Perlembagaan Parti Amanah sebagai contoh dengan jelas menyebut bahawa dasar dan tujuan penubuhan parti Amanah ialah untuk menegakkan perjuangan Islam.
Kita boleh meninggalkan Pas tetapi kita tidak boleh meninggalkan perjuangan Islam.
Perlembagaan Pas sendiri membenarkan ahli Pas keluar Pas, oleh itu hukum keluar Pas tidak ada apa apa kaitan dengan agama dan tidak melanggar hukum syarak kerana ianya dibolehkan oleh Perlembagaan Pas sendiri.
Sejarah ahli Pas keluar Pas, atau menubuhkan atau menyertai parti politik lain sentiasa berlaku semenjak di awal penubuhan Pas lagi.
Parti Berjasa, Hamim, Akim dan Islah (Pas 51) selain Amanah adalah parti parti politik yang diasaskan sendiri oleh pemimpin Pas selain ramai daripada mereka yang menyertai parti yang sedia ada seperti UMNO, PKR, PBPM, bahkan Dap.
Malangnya akibat ketakutan melampau kepada kehilangan kuasa dan dedak politik, Pas di penghujung hayatnya sanggup menggunakan apa saja nas dan hukum syarak untuk perdayakan rakyat agar terus menyokong Pas. ~ Che Ibrahim Mohamed