Muhyiddin presiden tiada kuasa, sembang PAS

Ketua Dewan Ulama PAS, Mahfodz Mohamed berkata, kuasa sebenar terletak di tangan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad.
Mahfodz-Mohamed-Muhyiddin-Yassin-pasPUTRAJAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed membalas kritikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyifatkan presiden PPBM tidak mempunyai sebarang kuasa.
Katanya, kuasa sebenar terletak di tangan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dia juga presiden yang tidak mempunyai kuasa, yang ada kuasa hanyalah pengerusi yang mengkafirkan tok guru, jadi dia baru mula hendak serang PAS. Dahulunya, dialah yang hendak bersama PAS,” katanya ketika ditemui pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam hari ini.
Mahfodz turut membalas kritikan Muhyiddin dengan mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu lebih teruk daripada PAS kerana beliau “tidur bersama” Umno sejak sekian.
“Kalau PAS berkhalwat, dia sudah tidur satu bilik. Muhyiddin dulu Umno, jadi dia lebih teruk lagi. Kita ini bukan khalwat, itu hanyalah fitnah.”
Muhyiddin pada Konvensyen Pakatan Harapan Ahad lalu berkata, gabungan pembangkang itu akan menolak mana-mana parti yang bersama Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau mendakwa PAS yang dahulunya dilihat cenderung kepada Pakatan Harapan kini “berkhalwat” dengan Umno.
“Dalam PRU nanti, PH akan tentang sesiapa sahaja yang berkhalwat dengan Umno,” kata Muhyiddin Ahad lalu.
Dakwaan PAS bekerjasama dengan Umno bukan perkara baharu, bahkan ia kerap kali dinafikan pemimpin PAS yang bertegas akan menentang Barisan Nasional (BN) dan Umno pada PRU14.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :