PAN JOHOR BENGKAK KENA KENCING!!!

Kesian! Malang sungguh nasib yang menimpa puak PAN Johor ni. Kena maki dengan bekas rakan seperjuangan dah sekian. Didakwa menjadi parti Ternakan DAPigs pun dah sekian juga.

Tapi akhirnya pengorbanan yang telah ditonjolkan selama hari ini sehingga dilabelkan sebagai Pengkhianat kepada PAS lansung tidak dihargai oleh pemimpin puak Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, mereka pulak yang dipaksa supaya tunduk kepada ketetapan yang telah dibuat. Sekarang, diorang pulak yang diberi tekanan supaya menjadi lembu yang telah dicucuk hidungnya.

Maka sebab itu PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan yang berlangsung hari ini berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen sesama parti - parti gabungan pembangkang itu.

Pekara itu disahkankan Pengerusi PAN Johor berkata tindakan itu diambil kerana partinya hanya diberi dua kerusi Parlimen sahaja untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Kita minta lima kerusi Parlimen tapi dapat dua kerusi, Parit Sulong dan Pulai saja. Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang," katanya memetik laporan sebuah portal.
Dilaporkan PH telah memuktamadkan soal pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia di antara empat parti menerusi mesyuarat yang berakhir kira-kira 8.30 malam tadi.

Ketidakpuasan hati itu timbul selepas PAN dilaporkan hanya mendapat dua kerusi Parlimen sahaja di Johor, manakala PPBM dibenarkan bertanding 10 kerusi, PKR 8 dan DAPigs pula 6 kerusi.
"Kita nak setimpal seperti apa yang komponen lain terima. Kita sama-sama bangunkan PH di Johor ini dan hubungan ini bermula telah lama dulu sejak Pakatan Rakyat lagi.
"Kita juga berkorban dengan meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah demi bersama PH. Jadi sekurang-kurangnya kita mahukan angka yang setimpal dan seimbang dengan rakan komponen lain.
"Kita bukan minta banyak kerusi, cuma lima. Tapi akhirnya dapat dua saja. Itu yang kita tak puas hati," kata sumber sebuah portal yang merupakan seorang pemimpin PAN.
Dikatakan dalam mesyuarat malam tadi juga, PH sudah memuktamadkan calon perdana menteri dan timbalannya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dimana ia akan diumumkan di dalam konvensyen PH hari ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :