PAS nampak gayanya memang tak puas hati dengan sambutan gilang gemilang yang diberikan oleh puak DAPigs diatas tindakan Mahfuz Bean yang keluar dari parti itu baru - baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Setiausaha Agung DAPigs mendakwa tindakan Mahfuz Bean itu membuktikan bahawa PAS kita sudah 'Sesat' dari perjuangan asal mereka.
Bahkan, Ketua Menteri Rejim DAPigs Pulau Pinang itu mendakwa tindakan Si Mahfuz Bean itu adalah kerana kecewa dengan pendekatan PAS yang dilihat mesra berdampingan dengan UMNO-BN.
Sebaliknya, PAS memberi amaran agar parti yang dikuasai oleh keluarga Lim Kit Siang itu tidak mencampuri urusan orang lain sedangkan ada juga dikalangan ahli yang keluar parti itu sebelum ini.
"Mereka tidak ada hak untuk komen tentang PAS. Jaga parti mereka sudahlah. PAS tahu uruskan parti sendiri. Bagi kita tindakan beberapa tokoh DAP keluar parti dahulu pun yang di Johor, Melaka; jika dilihat apa yang dibuat oleh DAP itu mencerminkan tindakan DAP sendiri diprotes oleh ahli-ahli mereka dan keluar parti, menyerlah sikap cauvanis, perkauman.
"Sikap DAP yang menentang dasar-dasar yang dibawa PAS semakin menyerlah dengan kenyataan beliau. Sebab itu PAS ambil keputusan bahawa tindakan DAP selama ini menjadi punca kepada sikap tak hormat kepada dasar yang diperjuangkan oleh PAS," ujar Timbalan Presiden PAS.
Dari satu sudut, jika diguna logik yang dipakai oleh Guan Eng, bermakna DAPigs juga sudah tersesat dari agenda perjuangan mereka sehingga menyebabkan ahli dan pemimpinnya keluar parti.
Apa yang jelas, tindakan DAPigs yang cuba menyindir PAS itu seolah - olah membuktikan bahawa mereka tidak sedarkan diri dan sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencipta spekulasi yang sama taraf dengan Longkang sedemikian rupa!!!