Ternyata kenyataan angkuh yang dizahirkan dihadapan ratusan penyokong PAS pada himpunan Fastaqim di Shah Alam, bertujuan untuk menghancurkan keharmonian kerajaan yang telah terbina.

Seharusnya PAS berperanan mempertahankan muafakat ini seterusnya berusaha untuk mengekalkan pentadbiran sedia ada. Selaras dengan hasrat Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan keharmonian dan mengangkat muafakat dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Malangnya harini Presiden PAS menyebut tanpa selindung bahawa mereka ingin mengetuai pemerintahan kerajaan negeri Selangor selepas PRU14. Kenyataan ini seolah-olah menidakkan muafakat kerjasama antara PAS dan parti-parti komponen lain yang bergabung membentuk kerajaan di Negeri Selangor sekian lama.
Malah kenyataan ini juga ibarat mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepada PAS untuk sama-sama memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri.
Adakah PAS masih relevan untuk terus berada dibawah kerajaan negeri setelah hasrat ini dizahirkan. Sudah sampai masanya PAS berundur secara terhormat dari kerajaan negeri dari terus menjadi duri dalam daging.
Saya yakin Pakatan Harapan bersedia untuk mempertahankan kerajaan negeri dan seterusnya melonjakkan kejayaan sehingga ke Putrajaya.
Saya juga optimis rakyat akan memilih Pakatan Harapan pada pilihanraya umum akan datang kerana inilah satu-satunya gabungan muafakat politik paling serius untuk menggantikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan.