Wujud tentangan daripada beberapa pihak berkenaan cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku calon rasmi Perdana Menteri gabungan itu.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mempersoal mengapa Pengerusi PH itu terburu-buru untuk menamakan calon perdana menteri yang didakwa akan diumumkan 4 Januari ini.
Sebelum ini, gabungan Pakatan Haprak itu dijangka akan mengumumkan nama Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri secara rasmi dalam konvensyen yang akan diadakan Ahad ini.
Malangnya, wujud unsur - unsur tiada kata sepakat dikalangan mereka bagi menentukan sama ada Tun Mahathir itu perlu dinamakan sebagai 'Perdana Menteri Sementara' atau tidak.
Memetik sumber yang dilaporkan sebuah portal, pengumuman itu tidak akan diteruskan sekiranya tiada sebarang konsensus berhubung perkara itu menerusi mesyuarat MPP Pakatan, esok.
Terdahulu, permukiman yang diadakan dalam bulan Disember yang lalu, puak Pakatan itu katanya telah mencapai sokongan majoriti untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai PM Sementara.
Namun, tindakan itu tidak mendapat persetujuan dari kalangan pemimpin - pemimpin PKR yang jelas tidak memberi sebarang kata putus dengan alasan mahu mendapat 'restu' dari Si Ketua Penipu tu.
Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak, pendirian PKR yang enggan menerima pencalonan itu dapat dilihat apabila masih ramai dikalangan mereka yang bersikap skeptikal terhadap Tun Mahathir yang pernah dilabel sebagai pemimpin Diktator sebelum ini!!!