“Untuk memenangi Putrajaya, HARAPAN perlu memenangi Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan selain mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan Selangor.
✖
Mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa berkata Parlimen dijangka dibubarkan pada April ini, Lim percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menunggu hingga Parlimen terbubar dengan automatik.
“Tidak mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan tunggu dan membiarkan parlimen terbubar sehingga 24 Jun yang bermakna pilihan raya akan diadakan pada bulan Ogos.
“Ini kerana pada masa itu, (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun dibebaskan dari penjara dan akan membantu kempen menentang BN,” katanya.
Beliau juga percaya bahawa Najib tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada bulan Ramadan yang dijadualkan bermula pada 16 Mei, atau semasa sambutan Aidilfitri pada pertengahan Jun.
Mengulas lanjut, pemimpin DAP itu berkata, pembebasan Anwar itu adalah mimpi ngeri Najib apabila beliau bergandingan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan lain dalam kempen menewaskan BN.