Sarjana AS nasihat Najib tamatkan persahabatan dengan Trump

Dr Nader Hashemi percaya Trump tidak mempedulikan Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai negara tidak penting di peringkat antarabangsa.
nader-3PETALING JAYA: Sarjana dari Amerika Syarikat (AS), Dr Nader Hashemi menasihatkan Datuk Seri Najib Razak menamatkan persahabatannya dengan Donald Trump kerana presiden Amerika Syarikat tidak mempedulikan Malaysia.
“Saya syak Trump tidak dapat mengesan Malaysia di dalam peta,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas keputusan AS tidak memasukkan Malaysia atau negara lain dalam senarai terkini negara dikecualikan visa.
Hashemi, pakar dalam politik Islam percaya Trump menganggap Malaysia sebagai negara tidak penting di peringkat antarabangsa.
Beliau yang mengetuai Pusat Pengajian Timur Tengah di Sekolah Pengajian Antarabangsa di Universiti Denver, turut menyifatkan keputusan AS itu sebagai “halangan besar” kepada rakyat Malaysia.
“Najib berulang kali merujuk Trump, dengan ketaksuban anti-Islam bodohnya, sebagai ‘kawan saya’. Sekarang jelas persahabatan Najib tidak dibalas Trump.”
Beliau teringat Najib, ketika melawat White House September lalu, berusaha melobi Malaysia dimasukkan dalam Program Pengecualian Visa itu.
“Malaysia sudah memenuhi semua syarat berkaitan untuk layak dan ada janji ia akan dimasukkan dalam senarai pengecualian visa pada 2018,” katanya.
“Kini kita tahu ini tidak akan berlaku.”
Ditanya jika pendirian Malaysia terhadap konflik Israel-Palestin atau kejadian talibanisme di negara itu ada kaitan dengan keputusan AS, Hashemi berkata, beliau tidak percaya itu sebabnya.
“Pada pandangan saya, keputusan ini tiada kaitan dengan pengembangan Wahabi Islam di Malaysia, yang merupakan masalah besar sendiri. Ia juga tiada kaitan dengan persoalan Baitulmaqdis.”
Beliau menyifatkan pendirian Malaysia mengenai Palestin “tidak mendalam” kerana Putrajaya “tidak mempunyai keberanian memanggil duta AS di KL untuk menyuarakan bantahan” selepas Trump mengumumkan pengiktirafan Washington ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :