Video yang sedang tular di media siber.
(Kredit kepada pemilik asal video ini, @boardofengineer)
Lihatlah pembangunan yang bakal negara kecapi di bawah pentadbiran YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.
Pembangunan bukan sahaja di Putrajaya atau di Kuala Lumpur, ia meliputi dari utara (Pulau Pinang) hingga ke selatan. Ia juga melibatkan pantai timur dan barat Semenanjung. Begitu juga dengan Sabah dan Sarawak. Di sini terlihatlah keadilan yang diamalkan oleh pentadbiran YAB Perdana Menteri yang tidak meminggirkan mana-mana wilayah dalam Malaysia. Semuanya diberi layanan yang saksama walaupun di negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tiada sekatan peruntukan seperti mana yang pernah diamalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
Jika masa pentadbiran Tun Dr. Mahathir, kerajaan juga pernah ditohmah bahawa negara akan bangkrap dan tergadai kerana projek mega yang membangunkan Putrajaya, KLIA dan KLCC, tidak mustahil tohmahan yang sama akan dibuat oleh pembangkang dan pembangang walaupun Kerajaan telah membuktikan bahawa projek mega tersebut telah berjaya. Yang peliknya, orang yang sama mempertahankan Tun bahawa projek mega adalah bagus untuk negara, dan orang yang sama juga yang menghentam kerajaan ketika ini hanya kerana mereka kini dalam pembangkang.
Jika dahulu kita bekerjasama dengan Korea dan Jepun untuk membangunkan KLCC, kini negara masih mengamalkan dasar pandang ke timur dengan turut melibatkan negara China.
Berikut adalah 9 projek mega yang bakal memacu kemajuan negara pasca tahun 2020.
1. Tun Razak Exchange
2. Penang Sentral
3. Melaka Gateway
4. Forest City
5. High Speed Rail
6. Century Fox World
7. Pan Borneo Highway
8. East Coast Rail Link
9. PNB Merdeka 118
*Sebar-sebarkan video dan maklumat ini untuk rakyat lebih memahami fakta dan bukan auta.