Di sinilah terlihatnya perbezaan antara pemikiran pemimpin yang memimpin Malaysia selama lebih 20 tahun dan Perdana Menteri Malaysia ketika ini, YAB Dato' Sri Najib. Kerana zaman ini adalah zaman PILIHAN dan bukannya zaman ARAH dan SURUH seperti mana sebelum ini. Rakyat Malaysia ketika ini mempunyai banyak pilihan. Daripada anak kecil sehingga ke orang tua. Dan kerana pilihan itulah anak muda memilih untuk mencari pendapatan dengan lebih fleksibel seperti berniaga.
Apabila rakyat ketika ini mampu membuat pilihan, sebab itulah Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri mempelbagaikan lagi pilihan ada dengan menggunakan kepesatan dunia digital masa kini. Dari perkhidmatan teksi, kini Kerajaan memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk memberikan perkhidmatan e-hailing. Walaupun berniaga nasi lemak nampak tradisional, tetapi anak muda masa kini berinovasi dengan penggunaan media sosial sebagai medium pemasaran.
Ya, pilihan ada di mana-mana. Anak muda ketika ini juga bebas untuk mencorakkan masa hadapan negara dengan bersama-sama Kerajaan melalui Transformasi Nasional 2050 atau TN50. Ianya berbeza dengan Wawasan 2020 yang mana Kerajaan yang menentukan dasar dan formula dan mempersembahkan kepada rakyat untuk menjadi misi dan visi nasional.
Pada setiap tahun, YAB Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan membuka ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberi cadangan dan apa yang mereka harapkan dalam belanjawan tahunan Negara. Dengan cara ini, Kerajaan lebih terbuka dan berjaya menumpukan perbelanjaan Negara kepada perkara-perkara yang berfokuskan rakyat seperti kebajikan, pendidikan dan kesihatan. Pendekatan baharu seperti ini tiada di zaman Tun Mahathir di mana rakyat diarah dan disuruh untuk mengikut keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Zaman "Kerajaan Tahu Semua" telah lama berlalu.
Saya ada bersahabat dengan beberapa orang graduan dari bidang profesional seperti doktor dan jurutera yang meninggalkan pekerjaan profesional mereka untuk berniaga. Alasan mereka bukanlah kerana kewangan semata-mata tetapi kerana berniaga lebih fleksibel dan lebih masa dengan keluarga. Alasan seperti ini mungkin sesuatu yang janggal 20 tahun lepas kerana pada ketika itu, golongan profesional tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan pekerjaan mereka.
Raikan pilihan-pilihan anak muda dan beri sokongan kepada mereka kerana mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan. Mengkritik pilihan anak muda untuk berniaga merupakan satu langkah kebelakang yang tidak lagi releven pada masa kini. Jadilah seperti YAB Perdana Menteri yang sering kali meraikan pendangan anak muda walaupun ada di antara mereka yang agak vokal.
Lebih memahami dan menghargai, itulah corak kepimpinan Kerajaan di bawah YAB Dato' Sri Najib.
#TN50