VIDEO MENGAMUK BEREBUT KERUSI DALAM PAKATAN : INIKAH YANG RAKYAT MAHU?

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan kecoh apabila sekumpulan peserta dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengamuk dalam program tersebut. Ianya berlaku kerana mereka marah apabila PPBM mendapat jumlah kerusi paling sedikit berbanding PKR, DAP dan PAN.


Sebagai sebuah parti kononnya merupakan tunjang kepada PH, PPBM telah mula ditunjukkan 'wajah' sebenar taiko besar dalam pakatan tersebut iaitu DAP dan PKR. Akibatnya, tanpa diberitahu kepada perwakilan peringkat negeri, jumlah kerusi hanya ditentukan di peringkat pusat sahaja. Di sinilah punca kepada kemarahan ahli-ahli parti PPBM.

Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir. Namun, perkara kecil seperti ini pun Pakatan Harapan tidak dapat selesaikan. Berbeza dengan Barisan Nasional, walaupun wujudnya perselisihan faham antara parti mengenai sesuatu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), tidaklah dilakukan secara terbuka seperti ini. Jika ada pun, ianya mungkin melibatkan beberapa kerusi sahaja.

Adakah ini yang rakyat Malaysia mahukan? Sebuah pakatan politik yang rapuh dan tidak bermusyawwarah. Bayangkan jika PH menang sesebuah negeri dalam PRU, tidak mustahil perkara seperti ini akan berulang kembali. Itu baharu bab kerusi Parlimen atau DUN, belum lagi bab pemilihan Menteri Besar atau Ketua Menteri!

Pada pandangan penulis, rakyat Malaysia mempunyai pilihan yang lebih baik iaitu Barisan Nasional. Walaupun BN tidak sempurna, tetapi BN merupakan perikatan politik yang kukuh dan utuh serta telah diuji sejak zaman berzaman. Jangan perjudikan masa depan anda dengan memilih sesuatu yang rapuh dan tidak stabil. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang kendong berciciran.


*Pilihan di tangan anda.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :