Ketua Wanita PKR itu bersetuju jika bekas perdana menteri itu menjadi menteri kanan sekiranya PH memenangi PRU14.
Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.
“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya kepada FMT hari ini.
PH hari ini mengesahkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.
Zuraida berkata, pengumuman PH itu tidak akan menghentikannya untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi pilihan raya dan beliau turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.
“Kerana apa sahaja akan berlaku kini dan PRU14… dengan izin Allah,” katanya.
Ahli Parlimen Ampang itu menambah, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi PH itu.
Beliau turut mengulangi pendiriannya semalam agar Dr Mahathir menjadi menteri kanan sekiranya PH memenangi PRU14.
Read More / Baca Lagi >>