PKR tidak sepatutnya tamak menuntut kerusi DUN di Kelantan, lantaran parti itu merupakan anggota paling lemah dalam Pakatan, demikian pandangan seorang pemimpin akar umbinya.
Ahmad Syauqey Abdul Ghani, yang mengetuai jentera pilihan raya PKR Kota Bharu berkata demikian ketika mengulas hasrat partinya yang mahu bertanding di 15 kerusi DUN di negeri itu.
Beliau juga membayangkan parti itu juga ketinggalan di belakang DAPigs dalam aspek kekuatan jentera pilihan raya, walaupun pemimpin tempatan PKR diangkat dalam jawatan lantikan politik.
“PKR adalah parti paling lemah di Kelantan. PAN dan PPBM paling kuat dan ke-3 DAP,” katanya.
PKR juga menurutnya ketinggalan dari segi sokongan kewangan, berbeza dengan PPBM yang menurutnya disertai “tauke-tauke” yang berpengaruh dari Umno.
“Parti lain dah ada bilik gerakkan dan bendera, tapi PKR bendera pun tidak ada, bilik gerakan tiada. Jadi kami bimbang kelemahan itu akan menyebabkan PKR menjejaskan kemenangan PH di Kelantan,” katanya.
Syauqey juga turut mendakwa PKR merupakan sebuah parti miskin di mana kebanyakkan pemimpinnya merupakan penerima skim tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kalau kita tengok PKR Kelantan separuh daripada jawatankuasanya penerima BR1M, itu kita kena tahu dari segi kekuatan baik dari segi kewangan, pengaruh, sokongan serta jentera parti,” katanya.
Dengan 'kekangan' sedemikian, Syauqey berkata PKR selayaknya bertanding paling banyak empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen berdasarkan prestasi parti itu di Kelantan.
Pada pilihan raya lalu, PKR bertanding lima kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen. Bagaimanapun parti itu hanya menang di Guchil di peringkat negeri, manakala tewas di ketiga-tiga kerusi Parlimen yang ditandinginya.