Ahli PPBM kecewa RoS lambat ambil tindakan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa bekas exco pemuda PPBM melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (RoS) kerana masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap parti berkenaan yang didakwa melanggari Perlembagaannya.
 
Bekas pemimpin sayap Pemuda parti itu, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai bukti diserahkan kepada RoS sejak September 2017 tentang bagaimana PPBM tidak mematuhi Perlembagaannya terutama melibatkan penubuhan sayap parti serta status mesyuarat agung tahunannya (AGM).
 
Katanya, beliau yang mewakili lebih 1,000 ahli PPBM sedia mengadakan bantahan beramai-ramai di ibu pejabat RoS jika tiada sebarang tindakan atau respon daripada jabatan itu dalam tempoh dua minggu akan datang.
 
"Kami mendesak dan mahukan penjelasan daripada RoS kenapa sampai hari ini tidak ada tindakan sedangkan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata sebanyak 400 laporan telah dibuat berhubung permasalahan parti tersebut.
 
"Kami tidak faham mengapa tiada sebarang tindakan yang  diambil, kerana terdapat banyak ahli-ahli parti yang teraniaya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :