AHLI PPBM MENYESAL SERTAI PARTI TERLAMPAU "MAKSUM"!!!

"Saya tidak kisah dipecat kerana berani menyuarakan pendapat terhadap parti". Demikian kata Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu, Normala Abdul Kadir.

Normala berkata, susulan kritikan terhadap parti itu baru-baru ini, dia dan ahli jawatankuasanya menerima kecaman daripada pelbagai pihak di dalam parti itu termasuk dituduh sebagai tali barut dan dedak UMNO untuk memburukkan parti.
"Mereka ini langsung tidak boleh dikritik, ditegur dan diberi pandangan secara langsung. Mereka kata negara demokrasi dan apabila bersuara, kita dikatakan tali barut pula.
"Selain itu, saya bersedia letak jawatan sekiranya masih tiada perubahan dalam parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sepanjang tiga tahun bersama PPBM, dia bersama AJKnya terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk menjalankan program untuk parti walaupun dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.
"Srikandi di bahagian lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila terpaksa keluarkan belanja sendiri, sedangkan pihak atasan yang tubuhkan parti adalah Jutawan.
"Sepatutnya sebagai pemimpin, mereka perlu keluarkan dana untuk membantu rakyat. Lihat saja di Kota Bharu, tiada bendera PPBM berbanding Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS," katanya.
Malah Normala juga turut berkata, dia melihat agenda PPBM hari ini sudah terlalu jauh tersasar daripada matlamat asal penubuhannya dalam perjuangan untuk membantu rakyat.

Sebaliknya, dia mendakwa perjuangan parti itu kini lebih bersifat peribadi bagi memenuhi kehendak sesetengah Individu tertentu diperingkat atasan sahaja dan bukannya untuk rakyat.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Normala bersama Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengadakan sidang media berikutan sayap kepimpinan PPBM Kota Bharu hilang kepercayaan terhadap parti itu terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :