Tengok pada nama gelaran dia pun cukup la. Mana Si Mahfuz Bean ni boleh ditegur. Lagi pun, kalau kita tegur, bukannya dia nak dengar. Spesis orang macam Si Mahfuz Bean ni bukannya ada otak.
Maka sebab itu Si Mahfuz Bean tu suka bercakap menggunakan kepala lutut dia sendiri. Bahkan apa yang dia cakap pun semuanya tak serupa bikin. Dulu, dia la yang paling kuat menghentam Tun Mahathir anak beranak.
Macam - macam fitnah dia lemparkan terhadap bekas Perdana Menteri tu. Tapi hari ini, dia orang yang paling kuat mengampu Tun Mahathir dan menjadikan bekas Perdana Menteri tu macam dewa.
Jadi, tak hairan la sekiranya Si Mahfuz Bean tu tak reti nak tutup mulut dari memberikan sebarang komen yang tak masuk akal mengenai isu penarikkan semula darjah kebesaran yang diberikan oleh Sultan.
Takde gunanya orang macam Si Mahfuz Bean tu nak dinasihatkan supaya berdiam dari mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh penganalisis Politik ni.
Antara lain, penganalisis Politik tu menasihatkan Si Mahfuz Bean ni supaya mengambil pendirian berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang akhirnya boleh memakan dirinya sendiri.
"Kata-kata Datuk Mahfuz itu mungkin boleh dianggap sebagai tindak-balas segera (immediate response) kepada apa yang berlaku.
"Baik diam, berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata dalam hal yang kita tidak tahu sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Mengulas lanjut, istana mempunyai hak mutlak untuk menarik balik pengiktirafan yang telah diberikan kerana percaya institusi tersebut mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.
Pokok pangkalnya, Si Mahfuz Bean tu memang jenis orang yang tak tau nak menghormati institusi Raja - Raja Melayu kerana sebelum ini pun dia pernah menghina Sultan Pahang secara terbuka dalam ceramah yang diadakan di Bukit Gantang!!!