HANYA ADUN PAS JE YANG JADI "LEMBU" DI SELANGOR!!!

Hanya ADUN PAS sahaja difahamkan belum diberi kelulusan untuk menggunakan peruntukan tahunan RM800,000 yang diluluskan oleh Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR.

Menurut kata Iskandar Samad, pemimpin PAS Selangor berhasrat untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada Menteri Besar Azmin Ali bagi menyelesaikan isu tersebut.

Iskandar yang juga ADUN Cempaka berkata, ‘pembekuan’ berkenaan adalah satu realiti yang dihadapi oleh semua ADUN PAS di Selangor.
“Memang kami diberitahu oleh pejabat daerah bahawa ianya (peruntukan) tak dapat dikeluarkan,” kata beliau kepada Antarapos.
“Sekarang ini apa yang berlaku adalah (bagi) ADUN-ADUN PAS, kita terpaksa guna peruntukan sendiri, bermakna duit sendiri lah yang kita guna (untuk laksana program). Program kita masih berjalan, (tapi) kita guna duit peribadi,” tambah beliau.
Malah dia juga difahamkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi akan berusaha mengatur perjumpaan dengan Azmin untuk mendapat penjelasan mengenai isu itu secepat mungkin.

Menurut Iskandar, pihaknya dimaklumkan bahawa peruntukan untuk ADUN sememangnya sudah sampai ke pejabat daerah, namun ia tidak dapat dikeluarkan oleh wakil rakyat PAS.

Dari satu sudut, tindakan yang dikenakan ke atas PAS itu diibaratkan sebagai satu pengkhianatan yang dilakukan secara terbuka. Malah, PAS hanya dijadikan seperti Lembu yang diperbodohkan oleh Rejim PKR!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :