KEMUDAHAN KELAS PERTAMA: KOMPLEKS TH KLIA BAKAL BEROPERASI


Semua urusan berkaitan haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dijangka akan berpindah ke premis baharu iaitu di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula Julai 2018.

Kompleks TH KLIA yang dibina di atas tapak seluas 6.36 hektar, bersebelahan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA dilengkapi dengan galeri haji, dewan serba guna, pejabat pentadbiran, pusat konvensyen dan seminar serta pusat sukan dan cawangan Bank Islam.

Pembinaan Kompleks TH KLIA ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan haji yang lebih baik dan bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh perkhidmatan yang selesa dan bertaraf antarabangsa.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :