KETUA PENERANGAN PPBM BENGONG MEMALUKAN DIRI SENDIRI!!!

Agak kelakar juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PPBM ni apabila dia meroyan tak tentu arah menyerang bekas ahli parti itu yang mahu membuat bantahan kepada RoS.

Dalam penjelasan yang diberikan, Ketua Penerangan PPBM itu menyelar tindakan bekas ahli parti itu yang mendesak RoS mengambil langkah agresif membatalkan pendaftaran PPBM.

Malah, Ketua Penerangan PPBM itu juga bengong apabila mendakwa bekas ahli parti itu cuba menyibuk serta masuk campur dalam urusan serta pentadbiran parti tersebut.
“Kalau bekas (ahli Bersatu), kenapa masih menyibuk? Kalau masih ada masalah dengan Bersatu, datang bertemu dengan kita dan bukan gunakan cara berhimpun nak mendesak ROS batalkan kami,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
IRONIKnya, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PPBM itu juga seolah - olah memperbodohkan pemimpin parti itu sendiri yang sehingga hari ini masih sibuk dalam urusan UMNO.

Kalau ikut kata pepatah orang dulu - dulu, kenyataan Ketua Penerangan PPBM itu boleh diumpamakan sama seperti 'pulang paku dulang serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Yang pemimpin PPBM hari - hari dok pertikai pasal UMNO tu pasal apa? Kenapa diorang yang bukan lagi menjadi ahli masih menyibuk nak masuk campur dalam urusan parti tersebut?

Secara tidak lansung, kenyataan Ketua Penerangan PPBM itu menunjukkan yang dia sendiri sedang berada dalam keadaan tertekan ekoran tindakan bekas ahli parti itu sehingga menyebabkan dia memperbodohkan diri dengan persoalan sedemikian!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :