BN telah mendapat suatu isu perkauman baru dengan mendakwa Namewee yang pernah menghina Lagu Negaraku dengan Negarakuku telah pula mengedar klip video "Lika A Dog" yang dikatakan di filemkan di hadapan Masjid Putrajaya yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.
Tetapi sesiapa yang melihat klip video penjelasan dari Namewee mungkin akan memaafkan Namewee kerana laporan mengenai video itu telah di fake kan yang disebarkan kebanyakannya oleh media yang memperjuangkan supaya diwujudkan akta fake demi untuk kepentingan menghadapi pilihanraya.
Yang menarik dalam isu ini ialah kemunculan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang pernah menjadi hero kepada Namewee menuntut supaya Namewee segera disiasat dan ditahan oleh polis.
Beliau nampaknya seperti tidak sabar menunggu Menteri Dalam Negeri menjalankan tugasnya sehingga mencampuri urusan kementerian lain.
Barangkali Nazri hendak membasuh dosanya kerana beliaulah yang mengajar Namewee menjadi "kurang ajar" apabila memberi penghormatan kepada Namewee untuk menemuinya di Parlimen dalam pakaian yang tidak sopan ketika kemarahan rakyat sedang memuncak kepada Namewee kerana menghina lagu Negaraku.
Beliau sebenarnya boleh menemui Namewee di pejabatnya tetapi kerana hendak menunjukkan sikapnya sebagai seorang menteri yang paling liberal dalam kabinet Najib yang berhasrat mahu memberikan demokrasi yang lebih baik kepada rakyat dari apa yang diberikan oleh Tun Mahathir maka Parlimenlah yang lebih sesuai untuk publisiti dan populariti.
Sekarang senjata makan tuan.
Dalam hal ini Nazri boleh mendakwa dia mengajar Namewee menjadi kurang ajar kerana dia telah dikurang ajarkan oleh Tun Mahathir seperti didakwanya.
Nazri mendakwa berlaku adil kepada Namewee sebelum ini kerana penyanyi kontroversi itu tidak menyentuh atau mengaitkan dengan agama khususnya Islam.
Nazri menunjukkan kemesraan kepada Namewee walaupun tidak menunjukkan penghormatan kepada lagu negaraku yang merupakan roh bangsa, agama dan negara ini. Nazri lebih kuat keugamaannya dari kebangsaannya.
Hidup Nazri! Hidup Nazri! Hidup Nazri! boleh menang lagi