PAN MUAK DENGAN KERENAH AZMIN!!!

Menurut The Malaysian Insight, isu pembahagian kerusi PH Selangor telah menyebabkan PKR dan PAN di peringkat negeri kepanasan dengan dakwaan “pembohong bertingkat-tingkat”.
“Siapa yang pembohong sebenarnya, kami Amanah, DAP dan Bersatu atau Azmin sendiri,” kata Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim, ketika PH terpaksa melanjutkan tempoh akhir pembahagian kerusi peringkat negeri dari 31 Januari ke 7 Februari ini.
Izham membela kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi PAN Selangor Jamzuri Ardani yang berkata sehingga kini mesyuarat pembahagian kerusi di negeri itu belum bermula lagi.

Ini kerana, tuntutan mereka agar satu jawatankuasa khas segera dibentuk untuk pembahagian kerusi tidak diendahkan oleh Pengerusi PH Selangor yang juga menteri besar Azmin Ali.

Azmin dalam masa yang sama membuat dakwaan kononnya PAN berbohong apabila berkata rundingan kerusi belum berjalan sedangkan katanya sudah empat kali rundingan berlangsung di Selangor.

Jamzuri hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan menegaskan bahawa kepimpinan DAPigs Selangor juga turut menyokong kenyataan yang dibuat dan mendakwa Azmin sebagai Pembohong.
“Dia sebenarnya berbohong. Takkan tiga parti lain berbohong apabila mereka sepakat sedangkan Azmin saja yang berbeza. Ini macam bawa perangai UMNO dalam PH ni,” kata Izham merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, yang menyokong kenyataan PAN sebelum ini.
Katanya, yang empat kali adalah mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor yang membincangkan tentang persiapan pilihan raya bukan pembahagian kerusi.

PAN telah menulis surat kepada Azmin untuk membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan pembahagian kerusi itu, namun tidak dilayan.

Menurut sumber, perundingan kerusi di Selangor bermasalah apabila PKR mahu bertanding kesemua 21 kerusi yang ditandinginya dalam PRU13 ditambah dengan 10 lagi kerusi yang dimenangi oleh PAS sekarang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :