Pengasas Ideas Wan Saiful sertai PPBM, selepas 21 tahun bersama PAS

wan-saiful-wan-jan-ppbm
PETALING JAYA: Selepas 21 tahun bersama PAS, penganalisis politik, Wan Saiful Wan Jan hari ini menyertai PPBM secara rasmi.
Pengumuman beliau menjadi ahli seumur hidup parti serpihan Umno itu, dibuat di depan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pimpinan tertinggi lain.
Pengasas dan bekas pengarah eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata, beliau memilih untuk menyertai PPBM dan tidak lagi bekerja dengan semua parti politik kerana mahu memastikan perubahan berlaku di negara ini serta mengembalikan maruah bangsa.
“Perbualan dengan isteri merupakan langkah pertama yang akhirnya membawa saya ke dalam PPBM, memang jika difikirkan kesan terhadap saya, secara peribadi sukar untuk saya ceritakan betapa besar risiko ini.
“Saya kehilangan sumber pendapatan utama dan bermula hari ini, secara rasminya pendapatan bulanan saya ialah kosong. Selepas ini, akan ada pihak yang cuba mencari jalan melaga-lagakan saya dengan parti baharu yang saya pilih ini.
“Saya fikir berucaplah sekuat mana sekalipun, tulislah sebanyak mana kertas cadangan, tapi sekiranya rejim yang sama terus mentadbir negara, perubahan tuntas yang kita mahukan mustahil akan terlaksana kerana ‘political will’ itu tidak wujud dalam pentadbiran Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini.
“Penyelesaian sebenar hanya akan berlaku jika semua bangkit menolak dan menjatuhkan Umno dan BN dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
Wan Saiful berkata, beliau tidak peduli pengkritik mendakwanya kaki U-turn yang kembali bersekongkol Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dilabelkan “mahafiraun”.
“Ada juga yang akan berfikir bagaimana mungkin Wan Saiful bersekongkol dengan individu seperti Tun Dr Mahathir yang pernah dikatakan sebagai mahafiraun.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: