ANTARAPOS
PENAMPANG: Polis akan menyiasat kes seorang guru yang didakwa menggigit tangan seorang murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di daerah ini sehingga lebam.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu bapa mangsa yang mendapati terdapat kesan lebam di tangan anak sulung mereka.
Menurut laporan, kejadian berlaku jam 10.25 pagi kelmarin, ketika murid lelaki terbabit menghantar kertas jawapan ke meja guru lelaki berkenaan.
"Kesan lebam itu disedari ketika pengadu bersama keluarga makan di sebuah restoran di sini dan mangsa mengadu sakit di tangan kanan," katanya di sini, hari ini.
Mohd Haris berkata, selepas diperiksa, pengadu mendapati ada kesan lebam dan anaknya memaklumkan ia akibat gigitan.
"Mangsa mendakwa guru itu menggigit tangan kanannya ketika dia menghantar kertas jawapan di meja guru yang mengajar satu mata pelajaran di kelasnya kelmarin," katanya.
Mohd Haris berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Related Posts :
Terbongkar, Anak Lim Guan Eng Juga Terlibat Dengan Rasuah RM18 Juta!!!
Belum sempat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isteri beliau, Betty Chew, menarik nafas lega kerana dituduh dalam mahkamah atas kesal… Read More...
Keputusan PRK Slim Tunjukkan Pintu Keluar Dari Dunia Kepada Dr Mahathir
PRK Slim telah memberikan kemenangan besar kepada calun Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz dengan memperolehi memperolehi 13,060 undi, me… Read More...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 63
Hari ini, 31 Ogos 2020, kita sebagai rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 63.
Ini bermakna sudah 63 tahun,… Read More...
Lapuran Kewangan TH Ketua Audit Negara Buktikan Mujahid Tipu, Sila Jawab!!!
Penilaian Ketua Audit Negara Buktikan Pakatan Harapan Meletakkan TH Dalam Bahaya
Selepas lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewa… Read More...
PRK N58 Slim, Baca Buku Atas Pokok, Kali Nie Atok Kalah Teruk!!!
Keputusan rasmi dari Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Nr8 Slim, Shamsul Ridzuan Idris dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), calun Muafakat N… Read More...