PRU14; 'Jika terowong dasar laut jadi realiti, habislah BN'

Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini berkata beliau mahu pilihan raya umum (PRU) ke-14 referandum untuk cadangan menghubungkan pulau di Pulau Pinang ke tanah besar, cadangan yang begitu tidak disenangi oleh MCA.
Bercakap di konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pulau Pinang malam ini, Lim menggesa pengundi mengundi HARAPAN dalam PRU ke-14 jika bersetuju dengan cadangan terowong dasar laut yang menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam.
"Kita biar rakyat buat keputusan, sekiranya mereka mahu terowong dasar laut, sekiranya mereka mahu pembangunan, maka undi HARAPAN," katanya di konvensyen yang diadakan di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh.
Lim mendakwa sekiranya projek diteruskan, ia akan memberi pembangunan di Seberang Perai Utara dan memberi manfaat kepada penduduk kampung, yang merupakan penyokong utama BN.
"Orang kampung mahu lihat pembangunan. Mereka yang tinggal berhampiran Bagan Ajam akan mendapat manfaat. Kita mahu membangunkan Seberang Perai Utara.
"Sekiranya projek itu diteruskan dan menjadi realiti, habislah BN," katanya.
Lim menegaskan cadangan projek itu, yang turut melibatkan pembinaan tiga lebuh raya dibuat dengan bersih dan tender terbuka.
MCA berterusan menyerang cadangan projek berkenaan dengan mempertikai ketelusan pelaksanaan projek.
Lim mendakwa MCA cuba mensabotaj pembangunan negeri itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :