![]() |
Najib nampaknya percaya kepada dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan pemerintahan kerajaan sedia ada dengan DAP bagi membolehkan kaum Cina menjadi pemerintah di negara ini.
Jika Najib lebih berhati-hati dan merujuk kepada buku The RELUCTANT POLITICIAN Tun Dr. Ismail and His Time( Muka 6,49,171,172,189,194,217 ,226) maka munkin Najib tidak bagitu mudah membuat anggapan buruk terhadap Robert Kuok yang menghakiskan kehormatan terhadap dirinya sendiri.
Tidaklah perlu bagi beliau mengungkit kejayaan Robert Kuok sebab pertulongan kerajaan.Ada orang China lain yang kaya dengan mudah yang menjadi pertanyaan rakyat yang belum dijelaskan.
Robert Kuok adalah rakan rapat Allahyarham Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Ismail dan keluarganya malah beliaulah yang menjadikan Tun Ismail sebagai Pengerui Lembaga Pengarah Malayan Sugar Refinery dan memilehnya meanggotai Lembaga Pengarah Guthrie Corporation setelah beliau meletakan jawatan kerana sebab-sebab kesihatan pada 1967.
Kuok adalah sahabat karib dan rakan kepercayaan Tun Ismail yang diajaknya berunding dalam masalah nasional terutama dalam soal hubungan antara kaum dan keselamatan negara sehingga Kuok meanggap Tun Ismail sebagai "The most non-racial,non racist Malay I have met in My life"(PG 263).
Malah untuk membut ucapannya yang sangat penting dalam masa kegentingan rusuhan 13 Mei Tun Ismail telah memanggil Kuok supaya terbang dari Singapore untuk menyemak ucapannya dengan pantas untuk disampaikan menerusi telivisyen setelah Tunku gagal untuk menenangkan rakyat.
Kuok telah meminda beberapa bahagian dengan persetujuan Tun Ismail.(Muka 192).Inilah ucapan yang sangat berkesan yang mengembalikan keyakinan rakyat kepada negara ini apabila Tun Ismail mengistiharkan "Democracy is dead in this Country" tetapi beliau kemudian memberitahu para wartawan" A Poweful govemrment is one that is not afraid to practise democracy"
Kuok juga yang mengatur persediaan lawatan rombongan Malaysia untuk perbincangan bagi mengadakan hubungan Malaysia China yang membincangkan tiga isu besar sebelum lawatan itu iaitu mengenai sokongan Parti Komunis China kepada Parti Komunis Malaya , kedudukan orang China yang berasal dari China dan juga mengenai perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain
Mungkin dalam keadaan cemas.lemas dan panik menghadapi pilihanraya , Najib bagitu mudah percaya kepada apa yang juga maklumat yang diberikan kepadanya tanpa menimbangkan samaada maklumat itu fake.
Ini adalah oleh kerana beliau percaya semua maklumat dari penyokong UMNO dan kerajaan adalah benar belaka terutamanya yang datang dari Raja Petra.