"STADIUM PADANG PASIR" AZMIN KENA TROLL!!!

Hahaha!!! Dek kerana nak sangat tunjuk hebat dengan mendabik dada mendakwa kononnya dia 'Cemerlang' menjadi pemerintah di Negeri Selangor membuatkan Si Azmin ni hilang kemaluan.

Tak heran la kenapa nama Si Azmin Ali ni tidak disenaraikan oleh pucuk pimpinan Pakatan untuk menjadi calon Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Rupanya, Si Azmin Ali ni hanya pandai untuk memperbodohkan dirinya sendiri dan akhirnya, kebodohan dia tu menjadi bahan lawak jenaka dikalangan pengguna laman media sosial.

Ekoran kenyataan yang dibuat menyindir tuntutan Persatuan Bolasepak Selangor yang mahu menggunakan Stadium Shah Alam mengundang kritikan hebat dan menjadi troll di media sosial.

Antara lainnya, ada dikalangan netizen yang mendakwa kononnya Si Menteri Besar Selangor tu berhajat nak membina sebuah stadium bolasepak padang pasir pertama di dunia.

Ada juga yang menganggap Si Menteri Besar Selangor tu mampu merealisasikan hasrat membina stadium tersebut memandangkan anak saudaranya terlibat dalam kartel penjualan pasir.

Begitu juga dengan isu perumahan Selangorku. Mereka kata, mungkin selepas ini Si Azmin Ali tu akan kata, "Di Iraq, rakyat tak tinggal dalam rumah. Tapi diorang duduk dalam khemah."

Walau apa pun sindiran yang diberikan, kenyataan Si Azmin Ali itu jelas menunjukkan rasa kurang hormat dan dianggap satu penghinaan terhadap kemampuan pasukan bolasepak Selangor.

Mentang - mentang la dia bukan lahir di Selangor, tapi sibuk nak mendabik dada mendakwa kononnya dia dah banyak berjasa, tidak memberikan dia hak untuk mengutuk tuntutan yang dibuat secara terbuka. Itu haramjadah namanya!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :