Terlalu awal SPR mahu komen kedudukan Rafizi Ramli

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Masih terlalu awal untuk menentukan kedudukan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selepas beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, kes tersebut hanya akan menjadi muktamad selepas semua proses perundangan berkaitannya diselesaikan sepenuhnya.
 
"Buat masa ini masih terlalu awal untuk SPR memberi sebarang komen berhubung kedudukan Rafizi sama ada boleh bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
 
Beliau berkata, Rafizi masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dan buat masa ini kedudukan beliau  selaku Ahli Parlimen Pandan adalah kekal.
 
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 bulan ke atas Naib Presiden PKR itu didapati bersalah kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).
 
Rafizi bertanggungjawab mendedahkan dokumen penyata baki akaun milik Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Nasional Meat & Livestock Sdn. Bhd, enam tahun lalu
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :