TPM hadir perjumpaan tertutup BN di Johor semalam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam perjumpaan tertutup dan makan malam bersama-sama Barisan Nasional (BN) Johor di Grand Paragon Hotel di sini malam ini.
 
Naib Presiden UMNO itu bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hadir pukul 6.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar.
 
Yang turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong merangkap Pengerusi MCA negeri; Pengerusi MIC negeri, Datuk M. Asojan dan Pengerusi MyPPP negeri dan Datuk Dr. Siva Kumar.
 
Hadir sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamed.
 
Difahamkan dalam majlis berkenaan Zahid dan Mohamed Khaled menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti, ketua-ketua bahagian dan naib-naib ketua bahagian BN seluruh Johor.
 
Majlis berlangsung selama kira-kira dua jam itu merupakan sebahagian daripada program dihadiri beliau selama dua hari di Johor bermula petang tadi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat.
 
 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Mano Tertelan Kapur Barus..! Basah beb kena kencing..! mana boleh tahan..! Pengundi bukan bodoh beb..! Lu Fikir La Sendiri..! … Read More...
  • Cari Bangsat Ni..! Jika betul ada penyelewengan..! Cari siapa juga yang terlibat..! Dari pihak Menteri, KSU, TKSUB, SUB dan macai macai hinggalah pihak syar… Read More...
  • Zuraidah Ludah Anwar ? Dulu, masa bang Non di dalam..bukan main mereka semua menyalakan lilin dibalik tembok..! rela berpanas terik, berhujan water cannon..!&nbs… Read More...
  • Rakyat Semakin Kecewa..! Siakap senohong gelama ikan duri,  Bercakap bohong lama lama jadi Menteri..! Tak gitu? Ramai pihak kecewa dengan 8 bulan pertama pe… Read More...
  • U - Turn..! Kalau 6 ekor ni nak balik kepada UMNO, terima ajer la..! Kerana yang penting ialah jumlah kerusi yang dimiliki oleh parti..! ahli UMNO pul… Read More...