ULAMA PUN ANGGAP MAHFUZ TAK BOLEH DIHARAP!!!

Ulama Madrasah Tahzib An Nufus di sini, Abdul Wahab Hassan mendakwa pernah menegur Si Mahfuz Bean supaya tidak lari daripada perjuangan bersama Pas pada musim haji tahun lalu.

Abdul Wahab juga turut berkata, teguran itu dibuat agar Mahfuz tidak mengambil mudah tugas yang dia galas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan.
"Antara yang saya kata ialah duduk bersama perjuangan Islam tidak boleh lari. Waktu tu kami terserempak di Makkah ketika musim haji tahun lepas.
"Mahfuz nampak tak banyak cakap dan terus berlalu. Waktu dia datang pondok tahun lepas pun saya pernah nasihat perkara sama," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Endoi, semalam.
Beliau yang juga mantan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling berkata, keputusan Mahfuz termasuk Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meninggalkan Pas tidak mengejutkannya kerana pemimpin berkenaan disifatkan tidak boleh diharap.
"Depa tak pandai politik sebenarnya. Politik sebenar bagi depa pun tak tahu macam mana.
"Politik dalam Islam ada empat, pertama politik para Nabi, kedua politik para ulama, ketiga politik para menteri dan keempat politik para sultan. Semua tu ada dalam Kitab Ahkamul Sultaniah," katanya.
Makanya, tak heran la kenapa Si Mahfuz Bean tu sekarang ni berada dalam keadaan yang terumbang - ambing. Teguran dari Ulama parti dia sendiri pun dia buat tak peduli dan tak nak ikut cakap. Jadi, tak payah la dia berangan macam diri dia bagus sangat!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :