WASHINGTON POST TAK LINDUNGI PRESIDEN
Oleh: Ku Seman
(Bekas Pengarang Mingguan Malaysia yang letak jawatan kerana maruah)
Pengarang The Washington Post Ben Bradlee membuat keputusan paling risiko menyiarkan dokumen sulit Pentagon Paper.
Dokumen itu mendedahkan Presiden LBJ hingga kepada Richard Nixon berbohong bukan sahaja kepada rakyat mengenai serangan ke atas Vietnam malah kepada kongres.
Kata Bradlee kepada Presiden The Washington Post, Katherine Graham, wartawan menjawab kepada rakyat bukan kepada Presiden.
Nixon menyaman The Washington Post di bawah Espionage Act kerana mendedahkan maklumat keselamatan negara.
Pasukan peguam The Washington Post bertungkus lumus berjuang dan akhirnya berjaya.
The Washington Post membuktikan bahawa usaha menegakkan akhbar sebagai tiang seri keempat (fourth estate) selepas judisiari, legislatif dan eksekutif untuk menjadi mata dan kepala rakyat menuntut kejujuran dan keberanian.
Wartawan bukan budak suruhan menulis pamplet. Ini bukan cerita dongeng tapi sejarah yang tercatat di mana wartawan mengangkat maruah dan darjatnya.
The Washington Post tidak melindungi Presiden yang tidak berguna kepada rakyat.
Filem The Post sangat memberikan inspirasi.