Bagaimana Pengkagum DAP Boleh Tarik Undi Melayu?


Saya tidak tahu pun bahawa Dr Maszlee Malik adalah penyelidik untuk think tank DAP, Penang Institute, sehingga portal berita Malaysia Kini memaklumkannya semalam.

Dan saya juga tertanya-tanya kenapa portal berita Malaysia Kini yang dianggap liberal bersungguh-sungguh memberi liputan kepada Dr Maszlee, selain kepada Dr MAZA.

Kemasukan Dr Maszlee ke dalam PPBM pun dimaklumkan secara eksklusif kepada portal berita Malaysia Kini yang malah membuat liputan langsung majlis kemasukannya itu.

Lebih jauh lagi, bila disemak balik, Dr Maszlee rupa-rupanya mempunyai hubungan yang rapat dengan DAP, termasuk dengan menyertai wacana-wacana media DAP, Roket Kini.

Di dalam salah satu siri wacana Roket Kini Dr Maszlee dan Lim Guan Eng yang saya dengari, jelas Dr Maszlee cuba membersihkan DAP dari label anti Islam anti Melayu.

Malah, Dr Maszlee bukan setakat membersihkan DAP, tetapi turut melambung tinggi Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dengan memartabatkan mereka setaraf dengan Dr Morsi.

Kata Dr Maszlee di dalam wacana Roket Kini ini: “Saya membuat sedikit homework dan saya dapati ciri-ciri yang Dr Morsi perjuangkan itu, keperibadian beliau itu, dan prinsip yang beliau perjuangkan, tidak jauh beza dengan apa yang telah dilalui oleh Ketua Menteri kita, YB Lim Guan Eng, atau lebih tepat lagi tidak jauh lari daripada apa yang diperjuangkan oleh bapa beliau sendiri, Lim Kit Siang.”

Dengan imej Dr Maszlee selaku pengkagum Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang ini, dan dengan hubungan rapat beliau dan DAP serta Malaysia Kini ini, bagaimanakah agaknya beliau mampu menarik sokongan pengundi Melayu kepada PPBM yang baru disertainya itu?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :