THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Bayaran gaji kepada pembantu rumah asing pada masa depan tidak lagi menggunakan kaedah konvensional atau tunai, tetapi menggunakan kaedah ‘e-wallet’, secara terus ke akaun pembantu rumah asing, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata perkara berkenaan telah dibincangkan secara mendalam oleh Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri dengan pihak kedutaan dan suruhanjaya tinggi.
“Kami telah adakan perbincangan yang agak terperinci dengan kedutaan agar semua majikan berdaftar guna kaedah pembayaran sama.
“Saya fikir kaedah konvensional seperti dulu, kita sebagai negara yang akan jadi negara maju, kita perlu elak walaupun seorang…kita tak harus izinkan sebarang pembuatan tidak baik kepada pekerja,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang mahu tahu sama ada kerajaan akan memperkenalkan mekanisme tertentu bagi memastikan bayaran elaun dan gaji pembantu rumah asing dibuat pada setiap bulan
.–Bernama
Related Posts :
Peringatan Kepada Bangsa DAP, Belajarlah Dari Sejarah Dan Bukannya Cuba Memutarbelit Sejarah!!!
DAP perlu beringat, sehingga ke hari ini di Tanah Melayu, orang Melayu tidak pernah bertindak menggila ala pengganas membunuh hatta orang… Read More...
6 MP Barisan Nasional Sokong Kepimpinan Dr. Mahathir Hingga Akhir Penggal, Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya, Biarkan Biarkannn...
Dr. Mahathir dah tau, Pakatan dah tak suka dia, rakyat pun tak suka dia, 'the only thing' yang sebabkan dia boleh terus memerintah dan ja… Read More...
Jelas 8 Mati, DPP Kasi Kalah Ker???
Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan Sam Ka Ting dari tuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan lapan kematian..… Read More...
Politic Is About Number, Antara Dr. Mahathir Dan Anwar, Siapa Yang Ada?
Peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dah nak sampai kemuncak...
Walau apa pun yang akan terjadi, Dr. Mahathir jelas masih tak nak serahka… Read More...
Pelan Peralihan PM Dah Ada.. PAS, UMNO Jangan Menyibuk - Rayer
Ahli Parlimen Jelutong mewakili DAP RSN Rayer hari ini membidas ahli Parlimen PAS dan Umno yang menyuarakan sokongan supaya Dr Mahathir Mo… Read More...