Sebagai wartawan ,saya mengenalinya sejak zaman muda. Banyak tindakannya yang bijak dan berani untuk kepentingan Melayu ketika beliau berkhidmat di swasta.
Walaupun beliau dianggap sebagai pelampau dalam perjuangan sebagai p aktivis pelajar tetapi Timbalan Perdana Tun Abdul Razak Razak lebih bersedia untuk menerimanya dari Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Beliu seorang orator yang baik, tidak pernah menjemukan,memukau , penuh humour yang di selang seli dengan cerita menarik dan pemikiran yang lucu tetapi berilmu. Ada kala luar biasa ideanya sukar untuk diteirima tetapi beliau dapat meyakinkan danada yang practicle , cadangannya menanam padi atas bumbong ditolak.
Yang paling dikenang ialah kejayaannya menghapuskan kepercayaan tradisi orang Melayu air kelapa melemahkan shahwat lelaki sebaliknya menurut kajiannya yang diumukan dalam Perhimunan Agung UMNO ia boleh menambah kekuatan. Sejak itu perniagaan air kelapa meletup dan melambong di seluruh negara sehingga bekalan kelapa muda tidak mencukupi dan berkembang menjadi perniagaan besar hingga ke hari ini.
Musuh utamanya dalam politik ialah Anwar Ibrahim yang melihat kecerdikan dan kebijaksanaan dan kelicikannya menjadi saingan hebat untuk calun perdana menteri.Maka itu permainan politik menolaknya menjadi Menteri Besar Kedah.Beliau juga memusuhi saya ketika beliau berada dalam khemah Anwar.
Berikutan dengan keinsafan Tun Mahathir dalam soal Anwar ,beliau kembali menjadi pengikut Tun Mahahtir yang setia .Sanusi telah bersama Tun Mahathir hingga keakhir nafasnya, dalam susah dan dalam senang,ketika tenang dan ketika bergelombang- Alfatihah. Amin- ZAM
-
Anonymous9 March 2018 at 10:58Takziah untuk keluarga Allahyarham Sanusi Junid.Blog beliau adalah satu rujukan yang sangat berharga bagi saya.Tulisannya sangat berinformatif,dan meluaskan pandangan hidup.Kita boleh mengenali sejarah perjuangan bangsa Melayu,dan juga sejarah rantau Melayu menerusi tulisan-tulisannya.Saya kehilangan seorang tokoh,seorang sarjana,dan seorang pemikir Melayu yang hebat.Semoga rohnya dicucuri rahmat.ReplyDelete
-
Anonymous9 March 2018 at 12:16Semoga Allah merahmati roh Allahyarham.Kembalinya seorang lagi pemimpim berprinsip pada penciptanya.ReplyDelete
Saya mendoakan semoga Allah sentiasa memberi kekuatan serta merahmati YAB Tun yang dikasihi.Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik serta pengorbanan besar beliau.Amin.
Selamat tinggal Umno/BN yang sudah di rosakkan sepenuhnya oleh PM dan mereka mereka yang bersubahat.
SANUSI JUNID KEMBALI KARAHMATULLAH
FORMER Kedah menteri besar Sanusi Junid died today, his son Akramshah confirmed. He was 74.
“My father died this morning just before subuh prayers,” Akramshah told The Malaysian Insight.
The former Umno minister’s body will be taken to Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Sanusi was minister of rural and regional development between 1981 and 1986 and also served as deputy home minister from 1980 to 1981.
He left Umno and joined the party started by former prime minister Dr Mahathir Mohamad – Bersatu. Last June, Sanusi was elected chairman of Bersatu’s disciplinary board.
In an August interview with The Malaysian Insight, Sanusi said the political reconciliation between Dr Mahathir and de facto PKR leader Anwar Ibrahim had rattled Barisan Nasional leaders. – March 9, 2018.
Berita pemergian Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid sangat mengejutkan saya. Ia kehilangan yang amat besar kepada Bangsa, Agama & Negara.
Idea 'penanaman padi atas bumbung rumah' beliau, sekitar lewat 90an adalah satu pemikiran yang melangkaui zaman.
Sudah tiba masanya, walaupun terlambat, kerajaan mulakan inisiatif mereka-bentuk bangunan, terutamanya di kawasan bandar yang bersesuaian untuk penanaman padi atas bumbung demi kelestarian makanan ruji dan mengurang kebergantungan Negara kepada beras-import.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat.
Alfatihah.
PS: Nampaknya saya tidak lagi dialu-alukan dalam ruangan komen TS Zam. Yang buat saya terkilan adalah tidak mengetahui sebab-musababnya.
Walaubagaimanpun, saya minta-maaf jika menyusahkan ataupun tanpa disedari telah meletakkan Tan Sri dalam keadaan serba-salah.