GUAN ENG MAKIN MENGGELUPOR, "DATUK SERI" DITAHAN LAGI!!!

Mahkamah Majistret hari ini menyambung reman lima hari lagi terhadap ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dipercayai menerima RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman suspek itu sehingga Sabtu ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari sejak 28 Februari lalu. Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.20 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.

Menurut sumber Utusan Malaysia, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai menerima wang suapan RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu. 

Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini tampil mendesak agar pihak Zenith Construction Sdn Bhd memberikan penjelasan berhubung bayaran RM22 juta untuk kerja-kerja "rundingan" bagi projek tersebut.
"Memandangkan pihak Datuk adalah kontraktor yang dilatik untuk melaksanakan projek kerajaan negeri tersebut, MMK telah telah memutuskan bahawa pihak Datuk perlu mengemukakan penjelasan berhubung pembayaran tersebut pada kadar segera,” kata Guan Eng.
Sehingga kini, SPRM telah menahan dua individu iaitu Datuk Seri berusia 37 tahun dan Datuk berusia 64 tahun yang masing-masing didakwa menerima RM19 juta dan RM3 juta berhubung projek itu.

Kenyataan itu dilihat agak berbeza dengan apa yang dinyatakan sebelum ini dimana Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu dengan sombong dan angkuh cuba memberikan gambaran kononnya Rejim DAPigs yang dipimpin menjalankan tugas secara telus!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :