ISU AIR SELANGOR, PEMBANGKANG "KERING" IDEA!!!

Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak tu bukan sahaja ketandusan idea untuk mengatasi isu gangguan bekalan air di Selangor pada ketika ini. Malah mereka juga 'Kekeringan' modal.

Maka terpaksa la mereka mengitar semula berita - berita lama untuk dijadikan sebagai bahan modal propaganda murahan bagi menutup kemaluan pemimpin - pemimpin Rejim Pakatan Selangor tu.

Diantara isu yang dibangkitkan ialah mengenai gangguan bekalan air di Pahang seperti mana yang dilaporkan dibawah. Katanya, 80 ribu pengguna terjejas akibat gangguan bekalan tersebut.

Herankan? Kenapa berita tiga bulan lepas pulak yang nak dibangkitkan? Berita yang disiarkan melalui laman portal berita Sinar Harian tu bertarikh 24 Januari 2018. Kenapa baru 2 hari lepas ianya nak dibangkitkan?

Dan tambah menghairankan, kenapa pengguna laman Facebook itu tidak pula menyebarkan berita mengenai kejayaan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang menangani masalah bekalan air tersebut?

Kerosakkan tebing Sungai Kobat yang dijangka memerlukan pembaikkan semula selama dua minggu dapat diselesaikan dalam masa 5 hari sahaja. Dan dalam masa itu, bekalan air kepada pengguna tetap ada.

Ternyata, taktik yang cuba digunakan oleh pengikut puak Pakatan Haprak tu hanya memalukan diri mereka sendiri. Takkan setara itu je kerja Geng Cybertrooper yang terima upah lumayan dari Pakatan nak cari isu? Suruh budak sekolah tadika pun pandai!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :