
Arul Kanda Kandasamy
DALIA ISMAIL
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Beliau berkata Arul Kanda tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar Parlimen dan tindakannya itu sebenarnya menghina Parlimen.
“Dua tiga hari ini, dia banyak buat kenyataan mengenai 1MDB.Apa yang dia buat itu sebenarnya menghina Parlimen.
Arul Kanda Kandasamy
“Jadi saya cabar dia bertanding pilihan raya atas tiket BN bagi dia jawab di parlimen lepas ni,” ujarnya pada sidang media diadakan di bangunan Parlimen hari ini.
Penasihat DAP ini berkata demikian susulan kenyataan Arul Kanda sebelum ini yang mendakwa pembangkan sengaja menimbulkan semula isu pemilikan syarikat Godd Star Ltd bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.
Kata Arul Kandai berkenaan sudah dijelaskan di parlimen dan pemindahan pemilikan itu dibuat kepada Good Star diarahkan oleh bekas syarikat rakan kongsi 1MDB, PetroSaudi International.