- JANGANLAH WILD-CARD KALI INI UNTUK SAINGAN PENGARUH AGAMA
- BEBERAPA pandangan yang ikhlas,bernas dan consructive yang mahukan BERSATU menjadi pengganti UMNO mewakili orang Melayu atas prinsip kukuh bersih ,dinamik dan progresif dengan menolak agama sebagai alat politik telah menyerlah dalam kontroversi pro dan kontra penyertaan gulongan akademik ke dalam BERSATU.
- Walaupun saya sinis dalam harapan baru ini kerana dalam kepimpinan BERSATU pun tidak semuanya bersih tetapi tidak salah untuk kita memberikan laluan kepada mereka dengan memperkuatkan tekanan generasi baru yang insaf dan sedar.
- Saya secucuk dengan pendapat RD, wild-card yang diberikan oleh Dr. Mahatir kepada ABIM untuk saingi pengaruh agama PAS mesti tidak diulangi oleh BERSATU kerana terbukti akhirnya agama diperkudakan untuk mengaburi perbuatan jenayah civil atau pun moral demi untuk meraih sokongan politik dengan menghalalkan tadbir wang dan asset rakyat dan negara yang berakhir dengan agama tercampak kelembah kehinaan dan pemimpin-pemimpinnya lebih mengutamakan kuasa dan kedudukan.
- Pemimpin pemimpin Pas yang terjulang atas sentimen agama akhirnya sanggup bersekongkong dengan gulongan rasuah dan tidak bermoral dengan meyakinkan ahli-ahlinya sebagai stratiji untuk mencapai matlamat.Hal ini diketahui umum dan ahli undang-undang. Adalah mustahil ini boleh berlaku atau diamalkan dalam masyarakat majmuk dan juga dari segi Perlembagaan Negara.Sokongan UMNO dalam hal ini pun hanya pura-pura sahaja.
Bacalah pendapat pro dan kontra berikutan dengan penyertaan beberapa orang ahli akademik terkemuka yang dicurigai akan menjadi seperti pemimpin ABIM dan pemimpin PAS yang berkongsi dengan nilai ABIM setelah bersama dengan UMNO.Bagaimanapun kesangguan beberapa orang tokoh akademik meninggalkan menara gading memberikan cabaran kepada mereka yang hanya berani menghasut pelajar tetapi tidak sanggup berada di padang untuk sama- sama berjuang sebaliknya diantara mereka sedang sebok memburu kedudukan dalam universiti ketika rakyat berada dalam krisis keyakinan paling runcing yang tidak pernah berlaku sebelum ini-ZAM.
-
Anonymous13 March 2018 at 11:38Golongan intelek lebih baik kekal di dunia akedamik. Ucapan dan pandangan mereka tak serasi dgn masyarakat kampung dan felda. Dalam erti kata lain...orang tak paham apa korang cakap.
Masyarakat urban pulak dah tak mau lagi dengar ucapan, kita dah tak sabar nak undi PH. Kalu golongan intelek nak membantu, sila gerakkan pelajar2 anda secara besar besaran untuk masuk kampung serang kubu BN. Celikkan orang2 kampung pasal 1mdb, hutang negara, etc. -
-
Anonymous13 March 2018 at 11:38Golongan intelek lebih baik kekal di dunia akedamik. Ucapan dan pandangan mereka tak serasi dgn masyarakat kampung dan felda. Dalam erti kata lain...orang tak paham apa korang cakap.ReplyDelete
Masyarakat urban pulak dah tak mau lagi dengar ucapan, kita dah tak sabar nak undi PH. Kalu golongan intelek nak membantu, sila gerakkan pelajar2 anda secara besar besaran untuk masuk kampung serang kubu BN. Celikkan orang2 kampung pasal 1mdb, hutang negara, etc.
-
Saya lebih percaya kpd tiori yg beri peluang kepada semua orang tanpa prejudis.
PPBM harus terima semua rakyat yg ingin menyertai parti untuk menjadi ahli jika ingin men jadi sebuah parti yg hebat di Malaysia.
Kita tidak ada kelebihan untuk menilai niat manusia. Niat itu akan berubah ikut masa dan suasana.
Saya menyeru kpd pimpinan tertinggi PPBM, terima lah semua rakyat yg ingin mdnjadi ahli PPBM.
Watak watak palsu akan timbul dengan sendiri mengikut perubahan masa. Setiap ahli berjuang lah dgn ikhlas untuk membina bangsa Malaysia yg sudah punah.
Salam perjuangan kpd semua....
-
Maklum sajalah... kuasa-politik, disebalik laungan demi Bangsa, Agama & Negara, juga membawa bersamanya, sanjungan, kedudukan (status), kemewahan dan peluang mengumpul harta kekayaan peribadi. Jika disalah-gunakan, Agama itu akan dipandang-serong, dicurigai dan akhirnya tercampak kelembah kehinaan dan kebinasaan.
Oleh itu, saya amat bersetuju dengan pendapat Saudara Albi, 13 March 2018 at 08:15.
Hakikatnya, walaupun diketuai bekas-PM 22 tahun dan bekas-TPM/MB tersingkir kerana membangkitkan kemelut 1MDB, PPBM adalah Parti Baru yang sedang menghadapi kemungkinan dibatalkan oleh ROS. Pendaftaran untuk PH guna Satu-Logo juga belum diluluskan.
Oleh itu, strategi 'wild-card' kali ini, amatlah berbeza. Kemenangan PH, kemudiannya PPBM, mesti diutamakan, terlebih dahulu. Golongan pengasas yang tidak diberi peluang untuk menjadi calon, mesti menerimanya dengan hati terbuka dan jangan tamak. Banyak lagi 'peluang' untuk berjasa kepada Agama, Bangsa & Negara jika PH sudah menjadi kerajaan.
Yang paling penting, PPBM meletakkan calon 'bersih'... tidak pernah terkait sebarang salah-laku atau tuduhan tidak baik... muda, berpelajaran, petah bercakap dan seberapa yang boleh, sudah dikenali Rakyat dan kewibawaan mereka mestilah sudah teruji, terutamanya jika dicalonkan dikawasan dimana mereka bukan anak-jati.