Jika selama hari ini, Si Azmin Ali sering kali bersikap bongkak mendabik dada menyatakan kononnya Rejim Pakatan pimpinannya itu 'Peduli Rakyat'.
Tapi ternyata itu semua hanya omongan kosong belaka. Krisis air dengan Selangor sehingga ke hari ini masih GAGAL ditangani. Sekarang ni dah nak masuk 5 hari rakyat sengsara ‘ketandusan’ air.
Walau beri notis awal, tapi siapa je tahan kena catu air! Tapi memang tak pelik pun! Menurut Laporan Panduan Insutri Air Malaysia (MWIG) 2017, Selangor merupakan negeri yang catat aduan perkhidmatan air tertinggi daripada pengguna iaitu 813,971 aduan sepanjang tahun 2015 dan 2016.
Aduan tu termasuklah berkaitan paip pecah serta bocor, gangguan bekalan air, kualiti air dan tekanan air.
Menurut laporan MWIG juga, masalah bekalan air ini juga disebabkan oleh margin simpanan bekalan air terawat yang berada di tahap 0 peratus, berbanding margin simpanan yang baik antara 15 hingga 20 peratus.
Bekas MB Selangor Khalid Ibrahim pun kritik Selangor bawah pimpinan Azmin Ali yang sibuk utamakan SPLASH berbanding selesaikan masalah air.
Sampai sekarang proses pengambilalihan tak selesai sebab sikap degil Azmin. Konon bangga beri air percuma pada rakyat, tapi hampeh!
Jangan la buat kerja caca merba semata nak kejar untung. Tengok la sekarang ni, rakyat yang jadi mangsa. Itulah bukti kepedulian Azmin terhadap rakyat!!!
#TolakPakatanPRU14!!!