Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata baki pinjaman yang perlu dibayar sehingga 31 Januari lalu sebanyak RM248,193,737.81.

“Merujuk kepada status terkini projek, kawasan tersebut dikosongkan NFCorp mulai 1 Mac 2017 dan diserahkan semula kepada kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan tempoh bayaran balik pinjaman mudah daripada 2012 dan 2018.
Kerajaan memberikan pinjaman mudah RM250 pinjaman mudah kepada NFCorp untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan, dengan matlamat untuk melonjakkan pengeluaran daging lembu dan mengurangkan kebergantungan kepada daging lembu import.
Kontroversi timbul apabila Laporan Kedua Audit Negara 2010 melaporkan pusat bernilai RM74 juta itu gagal mencapai 8,000 ekor lembu tahun itu, hanya memiliki 3,289 ekor lembu atau 41%.
Susulan itu, PKR mendesak penjelasan kepada dakwaan salah urus dan rasuah kewangan di NFCorp, yang dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil.
Kerajaan menamatkan kontrak NFCorp pada 4 September 2014 selepas mereka gagal membuat bayaran ansuran tahun itu. Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata tempoh bayaran balik pinjaman itu daripada 2012 hingga 2028.
Mahkamah membebasksan Salleh daripada tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta pada November 2015.