
“Kementerian telah kenal pasti beberapa portal berita dalam talian cuba menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan kapal layar mewah itu. Antara portal itu adalah Wall Street Journal, New York Times, The Economist, Australian Broadcasting Corporation (ABC) dan terbaharu MSNBC,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Jailani berkata penyebaran berita palsu berkaitan 1MDB dilakukan untuk mencemarkan nama baik dan kewibawaan Najib.
“Kerajaan sedang berusaha untuk menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, sebaliknya beberapa isu pula disemarakkan oleh sumber-sumber dari luar negara,” katanya.
Katanya, berita palsu mengenai 1MDB dikesan sejak minggu lepas.
“Kita percaya ini adalah sebahagian daripada usaha pihak tertentu yang mempunyai agenda politik, yang cuba fitnah dan mencemar nama baik perdana menteri kita menjelang PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) tidak lama lagi,” kata Johari.
Katanya, kementerian sedang memantau situasi itu menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan menasihati portal berkenaan segera menghentikan penyiaran berita palsu mengenai 1MDB.
“Hasil siasatan kes 1MDB telah dibuktikan bahawa dakwaan penyalahgunaan dan kehilangan wang tersebut tidak benar. Kes itu disiasat oleh pihak berkuasa termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang,” tambahnya lagi.
Isu 1MDB yang pernah diterajui Najib kembali hangat diperkatakan minggu lepas selepas pihak berkuasa Indonesia menyita kapal layar mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho di Bali.
Menurut laporan media, pihak berkuasa menyita kapal layar itu kerana permintaan penyiasat AS dalam salah laku dan rompakan dana 1MDB.
Jurucakap polis Indonesia Muhammad Iqbal Abduh berkata mereka bertindak kerana memenuhi permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menguatkuasakan arahan mahkamah bertarikh 21 Februari.
Read More / Baca Lagi >>