Beliau berkata ramai rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara apaabila diperiksa di kaunter imigresen sering ditanya oleh pegawai imigresen "Adakah kamu dari Malaysia?"
"Apa yang boleh kita katakan, pasport ini memang dari Malaysia," kata Muhyiddin.
" (Pegawai imigresen kata) Saya kenal perdana menteri anda, saya kenal perdana menteri anda adalah seorang pencuri'.
"Malu muka kita tuan-tuan. Najib tak malu kerana kulit dia tebal. Kita malu kerana kita ada perasaan malu.
"Sebab itu kita tak boleh membenarkan Najib menjadi perdana menteri," tambah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat pada 2016 selepas menimbulkan persoalan mengenai kontroversi 1MDB.