PAKATAN SAWAN, AGONG SOKONG AKTA BERITA PALSU!!!

Usaha kerajaan menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial mendapat sokongan dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Seri Paduka juga turut bertitah, pada masa ini, penggunaan media sosial amat berpengaruh dalam membentuk nilai-nilai dan budaya sesuatu masyarakat, terutamanya didalam Malaysia.

“Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik masyarakat,” titah Seri Paduka ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Sultan Muhammad V turut menitahkan agar kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutamanya dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta membanteras aktiviti pemerdagangan orang.

“Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik,” titah Seri Paduka.

Awal tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baru bertujuan membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Malaysia kini mengguna pakai Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenalkan sejak 30 tahun lalu untuk membanteras penyebaran kandungan berita palsu serta fitnah.

Jika sebelum ini, pemimpin dari kalangan parti Pembangkang paling lantang membantah dan mengecam usul Kerajaan Barisan Nasional untuk mewujudkan Akta Berita Palsu itu secara terbuka.

Antara lain, mereka mendakwa kononnya kewujudan akta tersebut hanya untuk melindungi kepentingan Kerajaan dan menutup Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat sedangkan mereka sendiri akui sekiranya akta itu dilaksanakan kelak, diorang juga yang tak dapat nak sebarkan fitnah!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :