Nampak gayanya, kedudukan Timbalan Presiden PKR ni semakin memburuk sejak dia mengkhianati PAS secara terbuka dengan menyekat peruntukan kepada mereka sebelum ini.
Kini PAS mengesahkan akan mencabar Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dan termasuk ke semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu.
Pengumuman itu dibuat oleh Yang Dipertua Pas Gombak, Salehuddin Nasir dalam ceramahnya yang diadakan di Gombak Setia semalam.
Dalam masa yang sama mereka juga secara rasmi melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan berkempen untuk calon - calon parti itu.
“Lapis pimpinan tertinggi Pas memberikan perhatian kepada Parlimen (Gombak) ini… oleh kerana itu kita kena bangkit berjuang habis-habisan, berjanji dengan izin Allah menghadiahkan tiga DUN dan satu parlimen (Gombak) kepada Pas untuk diraih kemenangan pada hari-hari akan datang,” katanya.
Kerusi Parlimen Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong Pas dan Barisan Nasional yang ramai dan dua daripada tiga DUN di bawah Parlimen itu dimenangi Pas sejak dua penggal lalu.
Mohamed Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak tahun 2008. selepas menumbangkan Datuk Said Anuar Said Ahmad dari BN pada PRU-12 dengan majoriti 6,867 undi dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.
Nasib calon-calon Pakatan Harapan termasuk Azmin di Parlimen Gombak dan DUN di bawahnya menjadi tanda tanya selepas Pas sebulat suara memutuskan kerjasama politik dengan PKR pada April tahun lepas.