PENILAIAN UMUM TERHADAP PROFESSOR" KANGKONG" UUM

HENTAM MAHATHIR BOLEH NAIK PANGKAT

Di bawah ini adalah reaksi komen terpileh  yang  kebanyakannya dari  ahli akademik terhadap profesor UUM yang menapikan dirinya gementar menghadapi Tun Mahathir dan tak dapat dinapikan tingkah lakunya  telah mencemar kebebasan akademi  UUM sedangkan universiti -universiti lain di negara ini sedang membina kecemerlangan mereka.
  1. Professor ini kata dia tak faham kenapa video ni dapat 2.3juta tontonan dan 61 ribu kongsian. Macam mana seorang yg berjawatan Pengarah Institut Kajian Politik UUM mengaku secara terbuka bahawa dia tak faham? Maksudnya dia tak paham bahawasanya pengaruh TDM sangat kuat? Apa yg dia research selama ni? Jangan la pulak dia terkejut bila Umno tumbang nanti. Pi la buat research dulu tahap populariti TDM. Forum ni tanpa kehadiran TDM tak akan viral videonya sampai jutaan tontonan pun.

    Dan dia kata dia pandai berpidato? Sejak bila seorang panelist perlu berpidato? Apa kena mengena dgn pidato? Tak pernah pula saya tengok panelist berucap pun, tapi sekadar bagi pandangan dan berhujah. Majlis hari tu ialah forum, bukan debat atau bahas atau perlu berucap pun.

    Dan apabila pengerusi MPN kata "next time stay cool, composed"; itu bermakna the other day you were NOT cool, NOT composed; i.e. you gelabah laaaa hari tu prof.
    ReplyDelete
  2. panglimo potaseh25 March 2018 at 23:51
    Pak Zam.

    Itu lah taraf professor kita hari ini.. macam tak tau apa. Bukan saya nak tuduh melulu.. saya ada juga mendepani mereka dan cuba untuk mempelajari sesuatu drp mereka.. al maklum professor lah katakan. Tapi biasanye saya kecewa.

    Dulu kita ada membangkitkan isu.. yang apa kita buat dengan tesis peringkat falsafah yang berlambak. Tesis falsafah ini.. melayakan sesaorang itu bergelar Dr.PhD.

    lsu ini berbangkit apabila berapa orang pegawai dan professor bidang pertanian kita telah ke Siam untuk membongkar ilmu, bagaimana petani Siam boleh buat durian tahan lama. Malangnye mereka telah tidak dilayan.

    Begitu juga bila saya pergi ke gedung buku. Sememangnye banyak buku ilmu berbagai bidang berlambak di tulis oleh sarjana luar.

    Tak ada apa yang saya perolehi dari tulisan sanjana tempatan.. mereka seolah dah sedap dan kekenyangan menerima gaji dari universiti mereka.

    Usia lanjut Tun Mahathir ini sebenarnye tak de apa Yg nak diherankan. Sememang usia penduduk dah semakin panjang. Dulu pun ada nabi dan pemimpin yang aktif memimpin walaupun usia mereka beratus tahun.

    Kalau lah professor kangkung malam tu, buat sedikit bacaan tentang Tun M.. sudah tentu dia selamat. Sememang usia Tun M tu 93 tahun.. tapi Tun M masih punya kudrat dan pikiran yang hebat.. itu tidak dinafikan.

    Ada tak sesiapa yg pikir berapa usia jantung Tun M?

    Apa pun saya melihat pertembungan Tun M yg tak punya PhD itu dgn seorang yg bergelar Professor.. mengingatkan saya aksi filem koboi Clint Eastwood "The Outlaw J.Wales" dan "The Unforgiven" ..atau jom kita nonton "The Tombstone" sekali lagi.
    ReplyDelete
  3. Tidak berdiri hormat seperti khalayak yang lain ketika munculnya Tun M, hanyalah profesor yang seorang ini seorang saja. Kenapakah begitu sekali adabnya? Kesipuankah atau angkuh atau tenggelam punca? Siapakah yang telah menghalangnya untuk berdiri memberi tanda hormat kepada tokoh yang dikatakan tua itu? Memperkatakan tentang isu ini sahaja pun, jelas bahawa profesor tersebut kantoi dengan sendirinya. Itu belum lagi dikaitkan dengan bahan bicara beliau yang kebanyakan hujahnya tidak menepati tajuk forum tersebut.
    ReplyDelete
  4. Pensyarah setaraf guru tadika. Sepatutnya hujah pensyarah setanding ahli politik, gaya bahasa dan penggunaan kata sepatutnya lebih baik dari ahli politik....
    ReplyDelete
  5. Wahai Prof. Kangkong,...sila pindah ke Universiti Malaysia Kelantan.Anda lebih sesuai di sana.Bukan soal petah atau tidak yang menjadi masalahnya,...kemampuan kamu berfikir sebenarnya yang berada pada tahap bukan seorang yang patut bergelar profesor.Walau bagaimana pun kamu tidak keseorangan,kerana sekarang ini kamu adalah majoriti di fakulti-fakulti.Kamu membaca nota di tangan dengan lancar dan petah.Seumur hidup saya,ini lah kali pertama menonton seorang bergelar profesor yang tekun memberi hujah dengan membaca nota.
    ReplyDelete
  6. Setiap kemunculan dalam TV,majalah,radio,dan acara-acara bual bicara diambil kira untuk melonjak seorang profesor itu ke kedudukan lebih tinggi dalam perjawatanan mereka.Peluang membicarakan soal Mahathir,apatah lagi menghentam beliau,sudah tentu mendapat markah yang lumayan.Biarlah kelihatan bodo sedikit,tetapi keberanian itu tetap menguntungkan.Gran akan bertambah selepas ini."Strange as it seems,no amount of learning can cure stupidity,and higher education positively fortifies it."

    -Stephen Vizinczey.
    ReplyDelete

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :