Saifuddin: Harapan tawar kepimpinan berpengalaman, tahan diuji

KEADILAN DAILY

 jelajah-pakatan-harapan

Pakatan Harapan menampilkan calon pemimpin yang sarat pengalaman dan sudah melalui pelbagai ujian dalam memimpin negara, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, calon perdana menteri Pakatan Harapan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mentadbir negara selama 22 tahun tanpa perlu malksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Pakatan Harapan tampilkan kepimpinan yang kaya pengalaman dan tahan diuji.

“Tun (Dr Mahathir) membawa 22 tahun pengalaman. Tun boleh tadbir Malaysia tanpa kenakan GST kepada rakyat.

“Pilih Pakatan Harapan tamat GST. Pilih Umno BN, GST akan terus membebankan kita. Pilihan sangat jelas,” katanya dalam ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Jitra semalam.

Sementara itu, Dr Mahathir yang turut berceramah kelihatan gembira dengan kehadiran ramai orang ke ceramah tersebut.

“Sebenarnya saya tak pernah tengok orang Kedah berkumpul begitu ramai. Pada mulanya saya ingat cuma dua ke tiga ratus atau 1000 (orang) sahaja,” katanya.

Dr Mahathir dan Saifuddin adalah sebahagian daripada pimpinan utama Pakatan Harapan yang turun ke Jitra untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 10,000 orang penduduk setempat hadir ke ceramah tersebut.

Jelajah Pakatan Harapan adalah sebahagian daripada kempen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 pada bila-bila masa sahaja selepas usul persempadanan semula diluluskan pada 28 Mac lalu.

Ia diluluskan setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian, dengan 129 menyokong dan 80 lagi yang menolak.

Subscribe to receive free email updates: